IKLAN_PROMOSI HEBAT


MY FOLLOWERS

Monday, July 14, 2008

Peta Lokasi SMK Matang


Isi Kandungan Kerja Kursus:
1.Biodata
2.Pengenalan
3.Objektif
4.Matlamat
5.Kaedah Kajian
6.Sejarah Sekolah
7.Pelan Sekolah
8.Warga sekolah
9.Logo Sekolah dan Maksud
10.Misi dan Visi Sekolah
11.Moto Sekolah
12.Piagam Sekolah
13.Analisa Peperiksaan PMR & SPM
14.Rumusan dan Penghargaan
15.Lampiran :- PSS,Makmal Komputer,Makmal Sains,Kantin serta lain-lain yang difikirkan perlu.

Pengenalan:
Saya Hazwani bt Razali, terlebih dahulu ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga saya kerana sudi membantu saya serta memberikan semangat kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru sejarah saya iaitu Cikgu Ahmad Noornizam b Shamsudin kerana telah banyak membantu dan memberikan tunjukajar kepada saya bagi menyiapkan tugasan saya ini. Tidak dilupakan juga kepada pihak sekolah, guru-guru serta staf sokongan sekolah ini diatas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Sekian.

Objektif:
1. Mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah.
2. Mengenali nama dan lambang-lambang sekolah.
3. Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah.
4. Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama dengan warga sekolah.
5. Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang sekolah.
Matlamat:
Pelaksanaan kerja kursus sejarah ini bertujuan memenuhi matlamat pendidikan sejarah yang menyepadukan unsur pengetahuan, kemahiran pemikiran sejarah dan penerapan unsur patriotisme. Melalui pengkajian sejarah ini, kemahiran sejarah seperti mencari, mengumpul, mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus dan merekod fakta sejarah dapat dipupuk dikalangan pelajar. Pelaksanaan kerja kursus ini dapat membentuk generasi yang peka dan berminat terhadap sejarah serta mengamalkan sikap sayang dan cinta terhadap SMK Matang.




Wednesday, May 14, 2008

Kursus Bestari-BTPN Perak


Selama sebulan berkursus, moga mendapat input yang banyak untuk dipraktikkan konsep pembestarian di sekolah masing-masing. Kenangan bersama pensyarah-pensyarah dari IPSAH yang hadir secara bergilir-gilir untuk memberikan ilmu berkaitan dengan Pembestarian Sekolah. Terima kasih dan jumpa lagi di lapangan.

Selamat Hari Guru / Guru Cemerlang Negara Terbilang

SELAMAT HARI GURU kepada semua pendidik di SMK MATANG semoga anda sentiasa tekun dalam menjalani hidup sebagai guru. Curahkan segala ilmu yang ada pada anda kepada anak bangsa kita. Jasa baik kita akan dikenang selamanya. Mudah-mudahan Allah memberkati amanah yang kita galas ini dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat....Insya'allah amin.

Sunday, May 11, 2008

Sultan Perak

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan.
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994
Baginda dilahirkan pada 1928 di Batu Gajah, Perak.
Senarai kandungan[tutup]
1 Pertabalan Sultan
2 Pendidikan
3 Kerjaya
4 Sumbangan / Anugerah
5 Sukan
6 Keluarga
7 Ketua Hakim Negara
8 Sultan Perak
9 Yang di-Pertuan Agong IX
10 Lihat juga
11 Rujukan
//

Wednesday, May 7, 2008

Kapal Korek

Kapal korek
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Kapal korek di Yukon
Kapal korek adalah di antara beberapa cara yang boleh digunakan dalam aktiviti perlombongan.
Kapal korek digunakan oleh syarikat-syarikat bijih timah di Malaysia, pada satu masa dahulu.
Ada beberapa skala kapal korek yang digunakan pada masa itu. Kapal korek yang paling besar di dunia ketika itu dikenali dengan Kapal 1. Ia hanya digunakan di beberapa lombong bijih di Tanjung Tualang, Negeri Perak. Ia lengkap dengan beberapa kemudahan seperti bilik rehat, dewan makan, surau, bilik mesyuarat dan bilik kawalan mutu. Ada juga kapal korek yang kecil iaitu Kapal 3 dan Kapal 5.

Kapal korek di Tanjung Tualang

Kapal korek di Tanjung Tualang
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapal_korek"
Kategori: Perlombongan

Residen British

Residen British
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Residen merupakan jawatan perwakilan diplomatik, terutamanya untuk tanah jajahan dan negeri naungan. Selepas Perjanjian Pangkor 1875, British telah melantik beberapa Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebagai penasihat kepada Sultan negeri-negeri tersebut. Residen-residen telah dilantik di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

[sunting] Residen Jeneral
Pada 1896, pihak British telah menyatukan pentadbiran semua negeri itu menjadi gabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi British Negeri-negeri Selat.
Senarai Residen Jeneral:
Sir Frank Athelstane Swettenham (1896-1901)
William Hood Treacher (1901-1904)
Sir William Thomas Taylor (1904-1910)
Arthur Henderson Young (1910-1911)
Selepas 1911, jawatan Residen Jeneral telah digantikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Pada 1936 jawatan ini pula digantikan dengan Setiausaha Persekutuan.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Residen_British"

Tuesday, May 6, 2008

Campur Tangan British di Tanah Melayu

Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada Raja-Raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu.
Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British. Peneyrahan kuasa ini dibuat secara rela oleh Raja-Raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh Kerajaan British.
Senarai kandungan[tutup]
1 Dasar Tidak Campur Tangan
1.1 Pertukaran Kerajaan Di Britain
1.2 Pembubaran Syarikat India Timur
2 Peranan Bijih Timah
2.1 Kebangkitan Industri Mengetin Makanan
3 Perlombongan Bijih Di Tanah Melayu
4 Kegiatan Pelanunan
5 Ketidakstabilan Keadaan Politik Negeri Perak
5.1 Perang Larut Di Perak
5.2 Perebutan Kuasa Di Kalangan Pembesar Melayu
5.3 Perang Larut Keempat
6 Perjanjian Pangkor
6.1 Persetujuan Cina
6.2 Perjanjian Pangkor
6.3 Kesan Perjanjian Pangkor
6.4 Kepentingan Perjanjian Pangkor
7 Campur Tangan British Di Selangor
8 Campur Tangan British Di Negeri Sembilan
9 Campur Tangan British Di Pahang
10 Sebab-Sebab Campur Tangan British
10.1 Justifikasi Campur Tangan British

Malaya British

Malaya British secara kurang tepat diperihalkan sebagai sekumpulan negeri di Semenanjang Tanah Melayu yang dijajah oleh British dari abad ke-18 dan ke-19 sehingga abad ke-20. Sebelum pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, tanah-tanah jajahan ini tidak diletakkan di bawah sebuah pentadbiran tunggal yang disatukan. Sebaliknya, Malaya British terdiri daripada Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu. Malaya juga merupakan salah satu negeri naungan British yang paling menguntungkan disebabkan ia adalah pengeluar timah dan kemudiannya getah yang paling besar di dunia.
Malayan Union dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan yang lebih besar yang dikenali sebagai Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura.
Senarai kandungan[tutup]
1 Penglibatan permulaan British dalam politik Melayu
1.1 Kedah dan Pulau Pinang
1.2 Melaka
1.3 Johor dan Singapura
1.4 Negeri-negeri Selat
1.5 Negeri-negeri Melayu Utara dan Siam
1.6 Perjanjian Pangkor and Perak
1.7 Selangor
1.8 Sungai Ujong, Negeri Sembilan
2 Tentangan
3 Perang Dunia II
4 Rujukan

Negeri-Negeri Selat

Negeri-negeri Selat
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Sejarah Malaysia
Sebahagian dari siri Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia (40,000-2,000 SM)
Gangga Negara (abad ke-2-11)
Langkasuka (abad ke-2-14)
Pan Pan (abad ke-3-5)
Srivijaya (abad ke-3 -1400)
Kedah Tua (1136 -???)
Majapahit (1293-1500)
Kesultanan Melaka (1402-1511)
Kesultanan Johor (1528-kini)
Perang Saudara Jementah (1879)
Persekutuan Pattani Besar (1603-1785)
Raja Putih (1841-1946)
Malaya British (1874-1946)
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Borneo Utara (1882-1963)
Penentangan Mat Salleh (1896-1900)
Perang Dunia II (1941-1945)
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Hari Kemerdekaan (1957)
Persekutuan Malaysia (1963-kini)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Penyingkiran Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
[sunting]
Penempatan Selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826. Negeri-negeri Selat ini terdiri dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Labuan. Kesemua negeri ini dahulunya di bawah jajahan takluk British.
Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen. Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Pemindahan pentadbiran ke London kerana Syarikat Hindi Timur India (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri Selat, desakan saudagar-saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat Tanah Jajahan British di India, cadangan Syarikat Hindi Timur India untuk menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan, kemasukan pendatang China secara tidak terkawal menyebabkan berlaku kekacauan akibat penubuhan kongsi gelap dan penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India yang menjadikan Singapura sebagai tempat pembuangan banduan dari India. Pada 30 Oktober 1906, Labuan menyertai Negeri-negeri Selat.
Senarai kandungan[tutup]
1 Pendahuluan
2 Sejarah dan Pentadbiran
3 Jajahan Dindings dan Seberang Perai
4 Rujukan
5 Lihat juga
//

Kesultanan Lingga-Riau

Kesultanan Lingga-Riau
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Kesultanan Lingga-Riau ialah sebuah kerajaan Islam di Kepulauan Lingga, Riau, Indonesia yang merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor. Kesultanan ini dibentuk berdasarkan perjanjian antara United Kingdom dan Belanda pada tahun 1824, dengan Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah sebagai sultan pertamanya. Kesultanan ini dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada 3 Februari 1911.
Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga menjadi bentuk bahasa Indonesia kini. Pada masa kesultanan ini, bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan kesusasteraan serta memiliki kamus ekabahasa sendiri dan sejajar dengan bahasa-bahasa lain yang besar di dunia. Tokoh besar di belakang perkembangan pesat bahasa Melayu ini adalah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan ahli sejarah yang berketurunan Melayu-Bugis.
Senarai kandungan[tutup]
1 Sejarah
2 Senarai sultan
3 Lihat juga
4 Pautan luar
//

Perjanjian Inggeri-Belanda 1824

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai Perjanjian London.

[sunting] Syarat-syarat perjanjian
Di antara syarat- syarat penting isi perjanjian ini ialah:-
Belanda mengiktiraf pertapakan Inggeris di Singapura.
Belanda akan menyerahkan melaka kepada pihak Inggeris dan sebagai balasannya pihak Inggeris pula akan memberikan bangkahulu kepada pihak Belanda.
Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak (Inggeris & Belanda).
Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat didalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.
Inggeris pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.
Kesan Perjanjian Inggeris Belanda
Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan Pengaruh Belanda.
Perpecahan Empayar Johor-Riau. Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda.
Persaingan kuasa di antara Belanda dengan British semakin sengit.

[sunting] Pautan luar

Monday, May 5, 2008

Negeri_negeri Melayu Tidak Bersekutu

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri Melayu. Negeri-negeri itu ialah:
Johor
Terengganu
Kelantan
Kedah
Perlis
Kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi hanyalah sebagai satu terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri Melayu berkenaan. Johor menandatangani Perjanjian perlindungan pada tahun 1885 dan akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904.
Dibawah Perjanjian Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pegawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat".
Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.
Kesemua negeri ini kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang merupakan sebahagian daripada Malaysia.

[sunting] Lihat juga
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Tidak_Bersekutu"

Sunday, May 4, 2008

Kota Ngah Ibrahim

http://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Ngah_Ibrahim

Laman Web Rasmi Jabatan Muzium Malaysia

http://www.jmm.gov.my/content.cfm?id=F5FCBD74-9413-4244-BF003BFF5B927867

Permasyuran Kemerdekaan Tanah Melayu

Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu)
Lompat ke: navigasi, gelintar
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia kini) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut[1].
Senarai kandungan[tutup]
1 Pengisytiharan
1.1 Malam Merdeka
1.2 Upacara Pengisytiharan
2 Tetamu kehormat
3 Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan
4 Rujukan
5 Lihat juga
6 Pautan luar

Sejarah Kemerdekaan

Sejarah Kemerdekaan
Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui.
Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu.
Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.

Most crazy goal in history

Sejarah Perak

Perak telah terbukti wujud pada zaman pra sejarah lagi. Dianggarkan negeri Perak telah diduduki oleh manusia zaman batu lama semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi lagi.
Senarai kandungan[tutup]
1 Prasejarah
2 Asal Usul Nama
3 Kerajaan Purba
4 Lanjutan Kesultanan Melaka
5 Pusat pemerintahan
6 Istana Sultan Perak
7 Sistem Pemerintahan
7.1 Campurtangan Inggeris di Perak
7.2 Nasionalisme di negeri Perak
7.3 Ehwal Semasa Negeri Perak
8 Pautan luar

PERJANJIAN PANGKOR

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak - satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangan di atas kapal HMS Pluto.
Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Kenangan Merentas Desa 2008