IKLAN_PROMOSI HEBAT


MY FOLLOWERS

Tuesday, July 27, 2010

Matlamat kajian

Pelaksanaan kerja kursus sejarah ini bertujuan memenuhi matlamat pendidikan sejarah yang menyepadukan unsur-unsur pengetahuan,kemahiran pemikiran sejarah dan penerapan unsur patriotisme.Melalui pengkajian sejarah sekolah ini,kemahiran-kemahiran sejarah seperti mencari,mengumpul,mengelas,menganalisis,mentafsir,mensintesis,merumus dan merekod fakta sejarah dapat dipupuk dikalangan pelajar.Pelaksanaan kerja kursus ini dapat membentuk generasi yang peka dan berminat terhadap sejarah serta mengamalkan sikap sayang dan cinta terhadap SMK Matang...BINA DIRI BINA NEGARA

Kaedah kajian

1.Kaedah Pemerhatian
2. Kaedah Temu Bual
3. Kaedah Rujukan

(sila buatkan huraian terhadap kaedah-kaedah di atas)

Objektif kajian

1. Memenuhi keperluan sukatan pelajaran tingkatan dua dalam subjek Sejarah.
2. Mengetahui sejarah perkembangan sekolah.
3. Memupuk rasa bangga dan cinta akan sekolah.
4. Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama warga sekolah.
5. Mengenal pasti pelan sekolah.

Isi Kandungan Kerja Kursus Sejarah T2

Tajuk: Sejarah Sekolah
1. Biodata
2. Pengenalan
3. Objektif Kajian
4. Matlamat Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Sejarah Sekolah
7. Warga Sekolah
8. Pelan Sekolah
9. Lencana Sekolah, Moto dan Maksud
10.Misi dan Visi Sekolah
11.Lagu Sekolah
12.Peraturan Sekolah
13.Piagam Pelanggan Sekolah
14.Analisa Peperiksaan PMR dan SPM 2009
15.Rumusan dan Penghargaan
16.Lampiran (gambar aktiviti)

Kenangan Merentas Desa 2008