IKLAN_PROMOSI HEBAT


MY FOLLOWERS

Tuesday, May 6, 2008

Malaya British

Malaya British secara kurang tepat diperihalkan sebagai sekumpulan negeri di Semenanjang Tanah Melayu yang dijajah oleh British dari abad ke-18 dan ke-19 sehingga abad ke-20. Sebelum pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, tanah-tanah jajahan ini tidak diletakkan di bawah sebuah pentadbiran tunggal yang disatukan. Sebaliknya, Malaya British terdiri daripada Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu. Malaya juga merupakan salah satu negeri naungan British yang paling menguntungkan disebabkan ia adalah pengeluar timah dan kemudiannya getah yang paling besar di dunia.
Malayan Union dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan yang lebih besar yang dikenali sebagai Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura.
Senarai kandungan[tutup]
1 Penglibatan permulaan British dalam politik Melayu
1.1 Kedah dan Pulau Pinang
1.2 Melaka
1.3 Johor dan Singapura
1.4 Negeri-negeri Selat
1.5 Negeri-negeri Melayu Utara dan Siam
1.6 Perjanjian Pangkor and Perak
1.7 Selangor
1.8 Sungai Ujong, Negeri Sembilan
2 Tentangan
3 Perang Dunia II
4 Rujukan

No comments:

Kenangan Merentas Desa 2008