IKLAN_PROMOSI HEBAT


MY FOLLOWERS

Sunday, October 9, 2011

INFO KECERGASAN DIRI

24 jam jantung berdenyut lebih daripada 100,000 kali.,mengepam 7000 liter darah melalui jarak beribu kilometer di dalam salur darah. Purata denyutan jantung dalam keadaan rehat ialah 60 hingga 80 denyutan perminit.Semasa melakukan aktiviti yang lasak, kadar denyutan jantung bertambah.Dalam keadaan ini banyak karbon dioksida dihasilkan oleh sel-sel dalam tubuh.

Untuk membolehkan anda menurunkan berat badan perlu tahu ini:

Kadar metabolisma asas / BMR =

LELAKI : BMR = 66 + (13.7 X berat dlm kg) + (5 X tinggi dlm cm) - (6.8 X umur)

PEREMPUAN : BMR = 655 + (9.6 X berat dlm kg) + (1.8 X tinggi dlm cm) - (4.7 X umur)

Contoh lelaki berat 90kg tinggi 168cm umur 30 tahun

BMR = 66 + (13.7 x 90) + (5 x 168) - (6.8 x 30)
BMR = 66 + 1233 + 840 - 204
BMR = 1935 kCal / hari

Kadar Keperluan Kalori Harian / Daily calorie requirements

Sedentary - none or very little exercise = BMR X 1.2
Light activity for average of 2 days/week = BMR X 1.375
Moderate activity level exercising 4 days/week = BMR X 1.5
High activity levels exercise & sports more than 6 days/week = BMR X 1.7
Higher activity levels = up to 2 x BMR

Contoh kalau anda tidak pernah bersenam maka DCR =

= BMR x 1.2
= 1935 x 1.2
= 2322 kCal

Berdasarkan pengiraan di atas maka:
- untuk menurunkan berat badan anda, pengambilan makanan hendaklah kurang daripada DCR. Atau saranan pada 1400kCal setiap hari.

Apa yang perlu kita ingat dan fahami betul-betul ialah

- mengawal kalori makanan saja tidak cukup tanpa senaman yang betul.

Wednesday, October 5, 2011

Menara Condong Teluk Intan

Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga tingkat sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki.

Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Hanya dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar- betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan; bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.

Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Bangunan menara ini pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.

Sejarah Jambatan Pulau Pinang


Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang melalui jambatan ini dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada 14hb September 1985, jangkamasa pembinaan jambatan ini hanya mengambil masa selama 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Idea untuk membina jambatan ini bagi menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sesungguhnya ilham beliau ini telah mampu memudahkan perjalanan rakyat Malaysia untuk mengunjungi Pulau Pinang dan begitu jugalah sebaliknya walaupun penggunaannya dikenakan tol namun ini adalah satu lagi pilihan rakyat untuk ke Pulau Pinang selain daripada penggunaan feri.

Jambatan ini diselenggarakan oleh PLUS Expressway Berhad dan juga Penang Bridge Sdn Bhd bagi memudah dan melancarkan pergerakkan kenderaan yang menggunakan jambatan ini saban hari. Kontraktor yang bertanggungjawab membina jambatan ini ialah Hyundai Engineering and Construction Company (Korea) Ltd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM). Jambatan unik ini direka bentuk oleh anak jati Pulau Pinang iaitu mendiang Tan Sri Prof Ir Chin Fung Kee, iaitu pakar dalam bidang kejuruteraan geoteknikal dan bekas pemangku Naib Canselor Universiti Malaya.

Buat pengetahuan semua sehari sebelum perasmian jambatan ini pada tahun 1985, satu jamuan makan malam telah diadakan di atas jambatan ini yang semestinya tidak akan lagi dapat dinikmati selepas itu. Majlis makan malam itu telah dihadiri oleh ramai rakyat yang mengambil peluang untuk merasai suasana menjamu selera di atas jambatan sambil menghirup udara laut. Pastinya ini tidak akan lagi dapat dinikmati oleh kita pada masa sekarang dengan kesesakkan lalu lintas serta pelbagai kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang ketika ini. Hemm....ada berani ker.

Thursday, August 25, 2011

Bercakap-cakap dengan diri sendiri dapat mencetuskan semangat (Self -Talk)

Cara paling mudah untuk kita bermotivasi pada diri sendiri dalam apa jua situasi yang kita hadapi baik penglibatan dalam sukan mahupun aktiviti harian adalah dengan bercakap pada diri kita sendiri di dalam hati atau luahan realiti. Cakapkanlah apa saja pada diri kita sendiri untuk membangkitkan rasa bersemangat yang amat kuat.

Bina semangat diri ‘you can do it‘ atau ‘aku boleh buat’ . Katakan pada diri kita berkali-kali, you can do it, you can do it, aku pasti boleh buat. Jika kita sedang merasa sukar ketika melakukan sesuatu, gunakan cara ini. Beri semangat pada diri sendiri dengan mengatakan di dalam hati..“aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat”.

Kenapa mesti 3 kali? Sebab, 3 kali lebih ummph...(power) daripada hanya 1 kali.

Macam kita makan juga..3 kali makan lebih banyak isinya dari cuma 1 kali makan. Cara lain untuk memotivasikan diri, gunakan ayat seperti ini..”orang lain boleh buat, aku pun boleh buat. Aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat!!.”..

Mula-mula buat teknik ni, perubahannya tak berapa ketara tapi bila dah selalu selepas dua tiga hari, kita akan terasa perubahannya. Ini kerana minda kita mengambil masa untuk menghadam lalu memahami perkara-perkara baru. Bila minda dah faham, minda akan mengatur sistem saraf dan aliran darah supaya jadi selaras dengan kemahuan kita.

Jadi, tiap kali kita kata “aku boleh buat” tiba-tiba ada timbul keyakinan tinggi yang kita memang boleh buat, sebab kita nampak orang lain boleh buat. Bila buat, kita tak akan rasa ragu-ragu langsung.Tiap kali kita rasa tertekan sebab rasa sukar, katakan pada diri “aku boleh buat” ..Gunakan perkataan “aku boleh” lalu sesuaikan dengan situasi kita supaya kita menjadi lebih bersemangat.

PERKEMBANGAN NEGARA LUAR MEMBERI INSPIRASI PERJUANGAN WARGA TEMPATAN

Jose Rizal :- Perjuangan Jose Rizal menentang penjajahan Sepanyol di Filipina. Beliau menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892, dan menuntut supaya rakyat Filipina diberi layanan yang lebih adil.

Dr.Sun yat Sen :- Kejayaan Revolusi 911 di China pimpinan beliau mengulingkan Dinasti manchu dan berjaya menubuhkan Republik China.

Mahatma Ghandi :- Perjuangan beliau membebaskan India daripada penjajahan British menarik minat warga Tanah Melayu untuk tujuan yang sama.

Soekarno :- Perjuangan beliau memimpin Parti Nasional Indonesia menentang penjajahan Belanda di Indonesia.

Kekalahan tentera Rusia sebuah negara besar Eropah kepada tentera Jepun dalam peperangan Rusia – Jepun 1905 adalah sesuatu yang sangat membanggakan warga Asia dan menjadikan contoh bahawa sebuah negara kecil mampu berjaya jika saling bekerjasama antara rakyat dengan pemimpin.

Kenangan Merentas Desa 2008