IKLAN_PROMOSI HEBAT


MY FOLLOWERS

Monday, July 14, 2008

Peta Lokasi SMK Matang


Isi Kandungan Kerja Kursus:
1.Biodata
2.Pengenalan
3.Objektif
4.Matlamat
5.Kaedah Kajian
6.Sejarah Sekolah
7.Pelan Sekolah
8.Warga sekolah
9.Logo Sekolah dan Maksud
10.Misi dan Visi Sekolah
11.Moto Sekolah
12.Piagam Sekolah
13.Analisa Peperiksaan PMR & SPM
14.Rumusan dan Penghargaan
15.Lampiran :- PSS,Makmal Komputer,Makmal Sains,Kantin serta lain-lain yang difikirkan perlu.

Pengenalan:
Saya Hazwani bt Razali, terlebih dahulu ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga saya kerana sudi membantu saya serta memberikan semangat kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru sejarah saya iaitu Cikgu Ahmad Noornizam b Shamsudin kerana telah banyak membantu dan memberikan tunjukajar kepada saya bagi menyiapkan tugasan saya ini. Tidak dilupakan juga kepada pihak sekolah, guru-guru serta staf sokongan sekolah ini diatas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Sekian.

Objektif:
1. Mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah.
2. Mengenali nama dan lambang-lambang sekolah.
3. Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah.
4. Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama dengan warga sekolah.
5. Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang sekolah.
Matlamat:
Pelaksanaan kerja kursus sejarah ini bertujuan memenuhi matlamat pendidikan sejarah yang menyepadukan unsur pengetahuan, kemahiran pemikiran sejarah dan penerapan unsur patriotisme. Melalui pengkajian sejarah ini, kemahiran sejarah seperti mencari, mengumpul, mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus dan merekod fakta sejarah dapat dipupuk dikalangan pelajar. Pelaksanaan kerja kursus ini dapat membentuk generasi yang peka dan berminat terhadap sejarah serta mengamalkan sikap sayang dan cinta terhadap SMK Matang.




No comments:

Kenangan Merentas Desa 2008