IKLAN_PROMOSI HEBAT


MY FOLLOWERS

Wednesday, May 27, 2009

KECEDERAAN LUTUT

Lutut :

Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi.

Sendi lutut merupakan sendi yang terbesar badan dan berperanan penting untuk pergerakan. Terdapat dua set ligamen yang memberikan lutut kestabilan: cruciate and colateral.

Kecederaan Lutut:

-Kecederaan lutut terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. Antara salah satu kecederaan lutut yang boleh terjadi ialah akibat pergerakan secara mendadak. Dimana jika seseorang itu melakukan penukaran arah pergerakan secara mendadak boleh menyebabkan satu kecederaan pada sendi lutut anda. Selain itu, jika seseorang itu sedang berlari dan dia berhenti secara mengejut ini juga akan menyebabkan kecederaan pada sendi lutut. Pelanggaran semasa fakel seperti bola sepak, futsal dan bola jaring juga akan mendatangkan kecederaan pada sendi lutut.

No comments:

Kenangan Merentas Desa 2008