IKLAN_PROMOSI HEBAT


MY FOLLOWERS

Wednesday, October 5, 2011

Sejarah Jambatan Pulau Pinang


Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang melalui jambatan ini dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada 14hb September 1985, jangkamasa pembinaan jambatan ini hanya mengambil masa selama 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Idea untuk membina jambatan ini bagi menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sesungguhnya ilham beliau ini telah mampu memudahkan perjalanan rakyat Malaysia untuk mengunjungi Pulau Pinang dan begitu jugalah sebaliknya walaupun penggunaannya dikenakan tol namun ini adalah satu lagi pilihan rakyat untuk ke Pulau Pinang selain daripada penggunaan feri.

Jambatan ini diselenggarakan oleh PLUS Expressway Berhad dan juga Penang Bridge Sdn Bhd bagi memudah dan melancarkan pergerakkan kenderaan yang menggunakan jambatan ini saban hari. Kontraktor yang bertanggungjawab membina jambatan ini ialah Hyundai Engineering and Construction Company (Korea) Ltd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM). Jambatan unik ini direka bentuk oleh anak jati Pulau Pinang iaitu mendiang Tan Sri Prof Ir Chin Fung Kee, iaitu pakar dalam bidang kejuruteraan geoteknikal dan bekas pemangku Naib Canselor Universiti Malaya.

Buat pengetahuan semua sehari sebelum perasmian jambatan ini pada tahun 1985, satu jamuan makan malam telah diadakan di atas jambatan ini yang semestinya tidak akan lagi dapat dinikmati selepas itu. Majlis makan malam itu telah dihadiri oleh ramai rakyat yang mengambil peluang untuk merasai suasana menjamu selera di atas jambatan sambil menghirup udara laut. Pastinya ini tidak akan lagi dapat dinikmati oleh kita pada masa sekarang dengan kesesakkan lalu lintas serta pelbagai kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang ketika ini. Hemm....ada berani ker.

No comments:

Kenangan Merentas Desa 2008